Wednesday, May 6, 2009

I Love Arsenal!!

Arsenal mula ditubuhkan pada 1886 dengan nama Dial Square oleh para pekerja Royal Arsenal yang terletak di Woolwich.. Kemudian Arsenal menukar nama kepada Woolwich Arsenal selepas kelab itu menjadi kelab profesional pada 1891..

Arsenal menyertai Liga Bola Sepak pada tahun 1893.. Bermula dengan Divisyen Dua dan kemudian tahun 1904, mereka berjaya naik ke Divisyen Pertama.. Namun kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penonton agak kurang hingga Arsenal dibebani masalah kewangan..

Pada tahun 1913 selepas jatuh semula ke Divisyen Dua, Arsenal berpindah menyeberangi Sungai Thames ke Stadium baru di Highbury, utara London.. Mereka memadamkan nama Woolwich pada tahun berikutnya.. Hanya enam tahun selepas itu, barulah mereka dapat beraksi semula dalam Divisyen Satu..

Awal kegemilangan Arsenal bermula pada tahun 1925 apabila mereka melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan.. Arsenal memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, di mana Chapman telah merevoulisikan taktik dan sistem latihan serta gandingan pemain hebat seperti Alex James dan Cliff Bastin..

Era 1930-an bolehla dikatakan menjadi milik Arsenal dengan pelbagai kejayaan gemilang yang diraih.. Misalnya antara tahun 1930 hingga 1938, Arsenal telah menjuarai liga sebanyak lima kali dan piala FA sebanyak dua kali.. Namun sayangnya kejayaan itu tidak sempat dinikmati Chapman yang menghembuskan nafas terakhir akibat radang paru-paru..

Namun begitu, Chapman dilaporkan telah mengetuai panamaan semula stesen tube tempatan London Underground dari 'Gillespie Road' kepada 'Arsenal' pada tahun 1931, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen tube yang dinamakan sempena nama sebuah kelab bola sepak..

Berikutan pergantungan liga bola sepak Inggeris kerana Perang Dunia Ke-2, Arsenal kemudian menjadi juara pada tahun 1948 dan Piala FA pada 1953.. Selepas itu, nasib Arsenal mula berubah apabila gagal menarik pemain-pemain berkaliber, tidak seperti skuad era 1930-an yang lalu..

Akibat kejatuhan itu, Arsenal langsung gagal untuk memenangi sebarang trofi utama, hinggakan bekas kapten England yang kemudian menjadi pengurus kelab Arsenal, Billy Wright juga tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada Arsenal..


Walau bagaimanapun, era kegemilangan kedua Arsenal bermula dengan perlantikan ahli fisioterapi Arsenal, Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966.. Setelah tewas dalam dua perlawanan akhir Piala Liga, Arsenal telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah pertama yang berjaya diraih pada 1970.. Ia diikuti kejayaan berganda pertama iaitu merangkul gelaran juara liga dan Piala FA setahun berikutnya..

Selepas kejayaan itu, Arsenal boleh dianggap kurang bernasib baik kerana hanya hampir-hampir mencatakan kejayaan.. Misalnya setakat muncul naib juara liga pada 1973, tumpas tiga kali dalam Piala FA (1972, 1978 dan 1980) serta kekalahan di perlawanan akhir piala Cup Winners Cup (1980).. Namun pada 1979, mereka berjaya muncul juara Piala FA menumpaskan Man U 3-2, satu perlawanan yang dianggap klasik sehingga hari ini..

Kepulangan bekas pemain, George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada kegemilangan yang ketiga.. Setahun berikutnya Arsenal memenangi liga Piala Liga, diikuti juara liga pada 1989 (kemenangan melalui satu gol minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan, Liverpool dalam aksi akhir)..

Arsenal dibawah bimbingan Graham sekali lagi muncul juara liga dan hanya tewas satu perlawanan pada tahun 1991.. Dua musim berikutnya memenangi juara berganda (Piala Liga dan Piala FA) dan trofi Eropah kedua, piala Cup Winnerc Cup pada 1994..

Akan tetapi, reputasi Graham sebagai pengurus hebat Arsenal tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen, Rune Hauge mengenai pembelian pemain-pemain tertentu menyebabkan beliau telah dipecat.. Pengantinya, Bruce Rioch pula hanya bertahan selama semusim sahaja selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain..

Pada hari ini, antara induvidu yang dilihat membawa kejayaan besar kepada Arsenal adalah melalui pengurus, Arsene Wenger yang dilantik pada tahun 1996.. Wenger telah memperkenalkan taktik serta bentuk latihan serba baru, mengambil beberapa pemain luar inggeris bagi melengakapkan lagi pemain yang sedia ada untuk membentu sebuah pasukan yang mantap..

Arsenal meraih kemenagan berganda kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002.. Sebagai tambahan, Arsenal turut mara ke perlawanan akhir Piala UEFA 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai Piala FA pada tahun 2003 dan 2005 dan menjuarai EPL 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar 'The Invincibles'.. Pada musim itu, Arsenal telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, satu rekod cemerlang dalam di EPL dan masih betahan sampai sekarang..

Di samping itu, Arsenal telah menghabiskan saingan liga sama ada di tangga pertamaatau kedua dalam lapan dari sepuluh musim Wenger berada di Arsenal.. Arsenal adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Man U, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang memenangi EPL semenjak penubuhan penubuhan pada tahun 2006, Arsenal muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah setelah tumpas ke atas pasukan Barcelona..

Sebelum ini, stadium Arsenal dikenali sebagai Highbury, adalah rumah kepada Arsenal dari September 1913 hingga 7 Mei 2006.. Stadium tersebut asalnya telah dibina oleh seorang arkitek bola sepak terkemuka iaitu Archibald Leitch dan mempunyai rekaan serupa dengan kebanyakan padang-padang bola sepak di England pada masa itu iaitu dengan satu kawasan tempat duduk berbumbung dan tiga kawasan tempat duduk tidak berbumbung yang bertingkat.. Kemudian dalam bulan Julai 2006 Arsenal berpindah ke Stadium Emirates bertempat duduk sejumlah 60,000 berbanding Highbury yang hanya mampu menampung separuh dari jumlah tersebut..